Umpire88 - All About Badminton's News, Performance Monitoring & Analysis
 

Tekanan dan Pengalaman Kunci Untuk Lee Zii Jia Lebih Berjaya

Ketika Lee Zii Jia bergelar perseorangan lelaki nombor satu Malaysia, terbit persoalan pemain mana yang memiliki kelebihan dalam saingan tiga penjuru membabitkan Datuk Lee Chong Wei dan Liew Daren dalam perebutan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula dengan saingan Seluruh England.

Chong Wei masih lagi berdepan cabaran menggunung bagi mendapatkan tahap kecergasan untuk kembali ke gelanggang kompetitif susulan rawatan kanser hidung.

“Zii Jia masih muda dan corak permainannya sedang meningkat naik. Tahap keyakinannya dalam gelanggang juga menampilkan peningkatan” kata bekas jurulatih negara, Rashid Sidek (kini jurulatih Liew Daren)

Daren pula masih lagi dibelenggu kecederaan pergelangan kaki kiri yang dialami sejak 19 Januari lalu.

Secara tidak langsung, ia merupakan satu kesempatan yang perlu dimanfaatkan Zii Jia menjelang Kejohanan Kebangsaan di Ipoh, Perak dan seterusnya Terbuka Jerman.

“Zii Jia memerlukan lebih banyak pengalaman sementara tekanan dalam saingan akan membantu mematangkan lagi permainannya. Ia akan memastikan Zii Jia bekerja keras untuk berada pada tahap terbaik,” tambahnya.

Pada pandangan admin, dengan usia yang masih muda 21 tahun yoo, betul apa yang Rashid Sidek katakan.. cuba elakkan kecederaan jangka masa panjang, dan juga apa Misbun cakap iaitu elakkan bercouple.. jika dia dapat mendisiplinkan diri, maka ada la top 10 BWF rank selain LCW je sorang2.. Currently dia di rank 27.

 

 

 

Written by