Chan Peng Soon-Goh Liu Ying & Goh V Shem-Tan Wee Kion Kini Dilatih Bekas beregu lelaki No 1 Dunia melatih
Bekas beregu no 1 negara, Chew Choon Eng kini sah menjadi jurulatih bagi beregu profesional negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan juga Goh V Shem/Tan Wee Kiong. Berita perkabaran ini seperti telah dijangkakan kerana kerap melihat kelibat Chew Choon Eng di kerusi jurulatih bagi 2 kejohanan awal tahun 2019 ini.
Berdasarkan perancangan semasa, dia dijadualkan mengiringi dua gandingan profesional negara itu, bermula dengan Seluruh England, 6 Mac depan. Untuk imbasan zaman silam, gandingan Chew Choon Eng/Chan Chong Ming menjadi beregu no 1 dunia pada tahun 2002. Ketika itu mereka adalah gandingan muda negara. Gandingan senior negara adalah Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan juga sezaman dengan pemain Indonesia Candra Wijaya-Sigit Budiarto, Lee Dong Soo-Yoo Yong Sung (Korea) dan Zhang Wei-Zhang Jun (China). Agak hebat juga gandingan Malaysia ketika ini, orang kata sanggup duduk kedai dengan air secawan berejam semata-mata nak layan tv.
“Choon Eng adalah pilihan terbaik untuk melatih kami yang sudah bergelar pemain profesional,” kata Peng Soon.
“Sampai ke hari ini, kami saling membantu dalam persiapan menghadapi kejohanan. Kehadiran Choon Eng akan membantu kami lebih memberikan tumpuan,” kata Wee Kiong.
Peng Soon, dalam pada itu, menyifatkan saingan kekal terbuka buat beregu campuran dalam Seluruh England.
Beregu lelaki pula kekal menjadi pilihan buat gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Gideon-Kevin Sanjya Sukamuljo.
“Bagi saya, beregu Indonesia adalah pilihan dalam Seluruh England. Tetapi saya berasakan sesiapa saja boleh muncul pemenang kerana masing-masing memiliki kelebihan tersendiri,” kata Wee Kiong.
Sekadar mengimbau kenangan 2002.
RANKING PEMAIN NEGARA
Lelaki Perseorangan:
5. Wong Choong Hann
8. Ong Ewe Hock
9. Muhd. Hafiz Hashim
12. Lee Tsuen Seng
22. Sairul Amar Ayob
25. Roslin Hashim
35. James Chua
57. Ismail Saman
60. Ramesh Nathan
Beregu:
1. Chew Choon Eng/Chan Chong Ming
13. Choong Tan Fook/Lee Wan Wah
21. Chang Kim Wai/Hong Chien Hun
23. Jeremy Gan/Ng Kean Kok
** Ramai dah jadi jurulatih Malaysia. Japan pun ada juga.