Adakah ini Strategi ? Pemain Muda sandaran BAM Piala Sudirman 2019
Tiada pemain profesional, hanya pemain muda sahaja mewakili Malaysia untuk beraksi di Piala Sudirman 2019, kesemuanya berumur di bawah 30 tahun, dengan paling muda adalah Goh Jin Wei 19, dan paling senior adalah Vivian Hoo, 29. Ini dilihat sebagai langkah drastik dengan mempertaruhkan pemain muda dan kurang pengalaman bagi kejohanan Piala Sudirman kali ini.
Mungkin ini strategi jangka panjang BAM, sebab jika kita guna pemain PRO (MD, XD) dan ada LCW, mungkin agak sengit juga untuk kita menang. Ini kerana cabaran hebat dari CHNA, JPN, KOREA dan INA ada menanti.
Dengan ketiadaan kapten sepanjang zaman Malaysia, LCW dan juga beregu profesional dalam MD dan XD, Goh V Shem/Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, adakah ini dilihat sebagai pelaburan jangka panjang BAM ? ataupun sebagai pendedahan berguna kepada pemain-pemain yang dipilih ?
Berikut adalah senarai pemain Malaysia yang dipilih kali ini.
Lee Zii Jia, 21 – MS – Rank #20
Cheam June Wei, 22 – MS – Rank #91
Soong Joo Ven, 23, – MS – Rank #73
Aaron Chia, 22 / Soh Wooi Yik,21 – MD – Rank #13
Ong Yew Sin, 24 / Teo Ee Yi,26 – MD – Rank #24
Nur Izzuddin, 21 – MD – Rank #38 (with GOH Sze Fei)
Goh Soon Huat, 28 / Shevon Jemie Lai, 25 -XD, Rank #13
Tan Kian Meng, 24 / Lai Pei Jing, 26 – XD, Rank #19
Chen Tang Jie, 21 – MD Rank #169 (with MAN Wei Chong), XD Rank #36 (with PECK Yen Wei)
Goh Jin Wei, 19 – WS, Rank #25
Soniia Cheah, 25 – WS, Rank #34
Lee Ying Ying, 21 – WS, Rank #82
Chow Mei Kuan, 24 / Lee Meng Yean, 25 – WD – Rank #13
Vivian Hoo, 29 / Yap Cheng Wen, 24 – WD – Rank #22
Kebanyakkan pemain kali ini tiada dalam top 10 ranking BWF, ia lebih kepada top 25.
“Jika dilihat senarai pemain kali ini, Nur Izzuddin dan Chen Tang Jie tanpa partner mereka, adakah mereka akan digandingkan bersama? Adakah ada kejutan prestasi di kem Malaysia kali ini” kata Umpire88
“Kami sudah berbincang bersama barisan kejurulatihan dan kami sebulat suara melantik Soon Huat. Ini kerana dia merupakan antara pemain yang paling senior dalam pasukan.” – Wong Choong Hann (Pengarah Kejurulatihan BAM)
Goh Soon Huat dan Chow Mei Kwan pula dilantik selaku kapten dan penolong ketua pasukan bagi edisi kali ini. Jika berdasarkan kepada pandangan admin, harapan mata boleh disandarkan kepada MD, WD dan kejutan diharapkan pada kategori lain. MS ? come on Lee Zii Jia, lawan Shi Yuqi dan Srikanth Kidambi kot.
Malaysia di Undi dalam Kumpulan 1D, bersama China dan India. 2 pasukan teratas akan layak ke peringkat suku akhir. Adakah India atau Malaysia yang akan mengiringi CHINA ? China sebagai Naib Juara 2017, kelihatan kuat bagi kumpulan ini.
“Kalau lepas peringkat kumpulan pun dah ok ni, sebab satu kumpulan dengan CHN dan INDIA, nak lawan CHN macam tak mampu, maybe boleh fight sikit lawan INDIA, pape pun selamat berjaya dan berikan yang terbaik..” – Umpire88