Umpire88 - All About Badminton's News, Performance Monitoring & Analysis
 

Juara-juara Lalu Men’s Doubles di All England Championship

Mereka adalah juara All England Championship dari 2010 hingga 2018. Tiada wakil Malaysia tatkala The Indo’s Minions mengejar hatrik..

Indonesia menerusi pasangan terhebat mereka di era baru Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo aka the minions pasti mengejar hatrik dalam All England 2019 ini. Kali terakhir pasangan dari Indonesia ini menggondol All England beregu lelaki adalah pasangan legenda mereka iaitu Tjun Tjun/Johan Wahjudi iaitu sebanyak 4 kali  (1977-1980). Kalau mereka menjadi juara pada 1976 (dimenangi oleh wakil Sweden, Bengt Froman/Thomas Kihlström), pasti mereka akan menjadi pasangan paling berjaya dalam sejarah kerana mereka telah menang 2 tahun berturut2 sebelumnya (1974 & 1975).

Wakil Malaysia, kali terakhir dimenangi oleh Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pada 2007 (jadi Runner Up pada 2011) . Kini lepas jadi profesional player, terus tak nampak dah. Maybe main dengan kelab-kelab profesional. Wakil Malaysia yang lain adalah seperti Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock (Runner Up 1996), Lee Wan Wah/Choong Tan Fook (Runner Up 2004 & 2006, 2x dikecewakan oleh pair yang sama dari Denmark, Jens Eriksen/Martin Lundgaard Hansen)

Bermula era 1990 ke atas, hanya pasangan Rexy Mainaky/Ricky Subagja berjaya memenangi kejohanan ini 2x berturut-turut, sama seperti Minions. Adakah Minions berjaya memecah tradisi Indonesia pada 2019 seterusnya sebaris dengan Tjun Tjun/Johan Wahjudi?

Berdasarkan kepada pemerhatian, minat admin dan sejarah All England itu sendiri, untuk menjadi juara, pasangan Minions ini akan ditentang hebat dari 3 penjuru iaitu pasangan dari Jepun (Kamura/Sonoda), China (Han Chengkai, Zhou Houdong) dan Denmark (Astrup/Rasmussen). Diharapkan pasangan Malaysia dapat memberikan kejutan demi kejutan. Baru semangat nak duduk depan tv lama-lama. Dapat semi pun ok dah, apa lagi Final.. Wowww

Statistik pasangan Minions untuk 2018, mereka hanya 5x xjadi juara (termasuk 1x naib juara) dalam semua pertandingan disertai, selebihnya jadi Juara (10x). Mereka tumpas sekali dengan Kamura/Sonoda 1x, 4x dengan pair dari China (3 kali dgn Han/Zhou da 1x dgn He/Tan).  Hebat coach China

2018, 1st time Minions jumpa Han/Zhou adalah di R32, mereka menang 3set. Perjumpaan selepas tu terus dimenangi oleh Han/Zhou sebanyak 2x. Kali ketiga, minions tarik diri (injured). Total 3x berturut2 Minions kalah dgn Han/Zhou. Badi ni…

All England Men’s Doubles Champions (2010 – 2018)

2010 : Lars Paaske/Jonas Rasmussen
2011 : Mathias Boe/Carsten Mogensen
2012 : Jung Jae-sung/Lee Yong-dae
2013 : Liu Xiaolong/Qiu Zihan
2014 : Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan
2015 : Mathias Boe/Carsten Mogensen
2016 : Vladimir Ivanov/Ivan Sozonov
2017 : Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo
2018 : Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo
2019 : INA/JPN/DENMARK/CHN ???

Good Luck To All Players

 

Written by