Umpire88 - All About Badminton's News, Performance Monitoring & Analysis
 

Saingan Sengit di Purple League 2018/19 Final – PUBC vs KBC.

Masterclass Performance disajikan dari kedua-dua pihak lawan. Tahniah buat semua kelab yang menyertai kejohanan #SSPL2018/19

Turun tanpa beberapa pemain utama seperti Goh Liu Ying, Ong Yew Sin dan Liew Daren tidak menghalang Puchong United BC untuk beraksi mantap dan mengekalkan kejuaraan yang diraih musim lalu. Puchong United gah mempertahankan kejuaraan SS Purple League (SSPL) 2018-19 selepas menewaskan Kepong BC 10-6 dalam aksi final di Arena Of Stars, Resorts World Genting.

Bagaimanapun, Kepong BC terlebih dahulu memenangi acara perseorangan lelaki selepas Soong Joo Ven membenam cabaran Goh Giap Chin 3-1 (8-11, 11-6, 11-6, 11-10).

Tersentak dengan kekalahan itu, Puchong United bangkit dalam acara perseorangan wanita dengan Deng Xuan meraih kemenangan mudah 3-0 (11-10, 11-10, 11-6) ke atas Qin Jin Jing.Dominasi Puchong United berterusan dalam acara beregu lelaki.

Giliran Mak Hee Chun-Tan Boon Heong menumbangkan gandingan Mads Conrad Petersen-Rian Agung Saputro 3-1 (5-11, 11-9, 11-10, 11-10) untuk meletakkan Puchong United mendahului 7-4 secara keseluruhan. Perhitungan beregu campuran selepas itu berlangsung penuh mendebarkan memandangkan tiga set kemenangan akan memberikan kejuaraan buat Puchong United. Dengan menurunkan Eom Hyewon-Tang Chun Man, gandingan itu berjaya menyerap tekanan untuk meraih kemenang 3-2 (11-7, 10-11, 10-11, 11-10, 2-1) ke atas Cheah Yee See-Ricky Karandasuwardi untuk Puchong United dinobat juara SSPL musim ini.

 

Sumber : Stadium Astro

Written by