Siapakah yang bakal menjuarai kategori perseorangan lelaki tahun ini? Pemain yang sama ataupun PBNU (Player Baru Nak Up) ?
Aksi All England 2019 yang akan berlangsung mulai 6 Mac hingga 10 Mac 2019 semakin hampir. Kategori perseorangan lelaki antara kategori yang kerap dimonopoli oleh pemain dari China selain Malaysia. Adakah negara-negara lain bersedia untuk mencabar? Adakah tahap stamina LCW sudah berada pada tahap sepatutnya selepas proses pembedahan yang dilalui ?
Jika dilihat pada Rank Top 10 Semasa bagi Kategori MS, tiada wakil Malaysia langsung. Indonesia dengan 3 wakil, China (2), Jepun, Taipei, Korea, Denmark & India (1).
Jika mengambil kira dari sistem kiraan mata 21 iaitu bermula tahun 2007, Legend CHN, Lin Dan telah memenangi kejuaraan ini sebanyak 4 kali, sama dengan LCW 4 kali juga.
Lin Dan dengan jumlah kejuaraan sebanyak 6 kali, LCW 4 kali masih kekal konsisten beraksi dalam edisi 2019 ini. Tidak lupa juga kepada Chen Long dengan 2 kali juara.
Adakah Shi Yuqi akan mengekalkan kejuaraan tahun lalu? Ataupun akan dicabar oleh King Kento Momota ? Ataupun pemain-pemain muda Indonesia iaitu AS Ginting, Jonatan Christie dan Tommy Sugiarto? Sama-sama kita saksikan pada Mac 2019 nanti. Live hanya di FB, Youtube dan TV sahaja.